PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Lembaga Penaraf Pengakap Raja Negeri Sembilan dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Pembacaan anda seterusnya di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ... SALAM PENGAKAP!

SMK SERI PAGI (SIRI 8/2018)

Tarikh : 4hb. Julai 2018 (Rabu)
Masa : 2.45 petang - 4.00 petang
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, Senawang
Kehadiran : ___ ahli Pengakap Muda & ___ ahli Pengakap Remaja

Program bermula dengan memperkenalkan diri kepada semua yang hadir dan ucapan terima kasih kepada Pengakap SMK Seri Pagi kerana mengadakan program pencerahan Ke Arah Pengakap Raja pada petang ini.


Seperti sesi-sesi sebelum ini, para ahli yang hadir diterangkan dengan skim-skim latihan, persediaan sebelum mengambil ujian, perlatan kelengkapan yang perlu dibawa, aktiviti-aktiviti yang bakal mereka harungi serta peringkat-peringkat yang ada sebelum mereka dapat menjejakkan kaki ke Istana Seri Menanti Kuala Pilah.


Selepas itu sesi soal-jawab telah diadakan dan ahli yang hadir telah mengambil peluang ini untuk bertanya berbagai soalan berkaitan peluang mereka untuk menjadi seorang Pengakap Raja.


Jelas kelihatan kesungguhan ahli yang hadir untuk memahami dan mendalami ilmu yang dikongsi yang mana bukan semua ahli berpeluang untuk mendengarnya. Sebelum berakhir, sekali lagi ucapan terima kasih kepada ahli yang hadir dan juga kepada Cikgu Norazua (ADC - Unit Pengakap Muda) , Cikgu Sharina (ADC - Setiausaha  Unit Pengakap Muda) dan juga penolong-penolong pemimpin yang lain yang sudi bersama para pelajar sehingga tamat program.


Sebelum bersurai, perbincangan telah diadakan dengan pemimpin dan penolong pemimpin yang hadir agar sama-sama dapat membantu ahli-ahli yang berminat untuk mendapatkan anugerah Pengakap Raja.

BIDANG TUGASAN