PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Lembaga Penaraf Pengakap Raja Negeri Sembilan dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Pembacaan anda seterusnya di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ... SALAM PENGAKAP!

PRA-PENARAFAN & PENARAFAN PENGAKAP RAJA PPM NEGERI SEMBILAN 2018

Tarikh : 16hb. - 19hb. Disember 2018 (Ahad - Rabu)
Masa : 11.00 pagi (pendaftaran)
Tempat : Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus Seremban
No. Rujukan: JPNS.SPPK.KOKU.900-3/11 Jld 12(76) bertarikh 28hb. November 2018

Seramai 6 orang calon dari Daerah Seremban Timur telah berjaya didaftarkan sebagai calon Kem Pra-Penarafan Pengakap Raja dan seorang sebagai calon Kem Penarafan Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Raja Negeri Sembilan 2018.


Kaunter pendaftaran telah mula dibuka seawal jam 11.00 pagi. Setiap calon perlu melepasi 3 peringkat tapisan sebelum layak diterima sebagai peserta.


Antara tapisan yang dilakukan adalah berdasarkan dokumen-dokumen dan peralatan-peralatan yang telah dinyatakan di dalam syarat penyertaan, buku log - buku log yang lengkap dan sijil-sijil  lulus lencana yang asal.


Setelah melepasi 3 peringkat tapisan, barulah para peserta diberikan tag pengenalan diri yang tertera nombor calon samada Calon Pra-Penarafan (CPP) ataupun Calon Pengakap Raja (CPR).


Pendaftaran selesai pada jam 1.00 petang dan seramai 21 orang calon telah selesai diberikan tanda pengenalan diri calon.


Selepas itu, taklimat telah diberikan kepada semua calon oleh Tuan Aziruddin Abdul Aziz, Setiausaha Lembaga Penaraf Pengakap Raja PPM Negeri Sembilan. Antara lain beliau mengucapkan selamat datang kepada semua calon yang telah berjaya didaftarkan.


Selepas selesai taklimat, calon telah diagihkan kepada subkem masing-masing. Luas setiap subkem berukuran 10' x 10' (lebih kurang). 


Semoga semua calon dari Daerah Seremban Timur akan tabah dan cekal dalam menghadapi ujian-ujian yang bakal dijalankan dan lulus dengan cemerlang untuk melayakkan mereka dipanggil untuk  peringkat seterusnya iaitu sebagai calon Kem Penarafan Pengakap Raja!


BIDANG TUGASAN