Masa : 2.30 petang - 4.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban
No. Rujukan: PPDS. 700-6/5 (03) bertarih 28hb. Februari 2018
Satu penerangan khas bagi menerangkan persediaan ke arah Pengakap Raja telah diselitkan di dalam program yang berlangsung.
Penerangan dimulakan dengan memperkenalkan diri dan makluman bahawa saya baru dilantik sebagai ADC "Pengurusan Pengakap Raja & Tugas Tugas Khas" PPM ST pada 22hb. Februari 2018 bagi membantu menambahkan bilangan penerima Anugerah Pengakap Raja PPM ST. (merujuk surat panggilan mesyuarat, No. Rujukan: PPDS. 700-6/5 (5) bertarih 22hb. Februari 2018)
Seterusnya makluman bahawa saya bukan seorang penerima Anugerah Pengakap Raja (pencapaian tertinggi adalah Ujian Sikap/Pra-Pentarafan Pengakap Raja 1990, Kem Sardon Jubir, Balakong Selangor) dan kini pemegang tauliah Manikayu Peringkat 1.
Perlantikan berdasarkan kejayaan membantu melahirkan 9 orang penerima Anugerah Pengakap Raja (3 orang 2016 dan 6 orang 2017) PPM 01 ST dan penglibatan sebagai urusetia kem "KE ARAH PENGAKAP RAJA", "PRA-PENTARAFAN PENGAKAP RAJA" dan "PENTARAFAN PENGAKAP RAJA" PPM N9 sejak tahun 2017 (Kem "3 dalam 1").

Makluman juga bahawa segala info dan penerangan yang bakal diberi nanti adalah berdasarkan pengamatan semasa berkhidmat sebagai urusetia dan pengalaman menyediakan calon-calon Pengakap Raja dan TIDAK BOLEH sama sekali dijadikan sebagai maklumat rasmi dari Lembaga Pentaraf Pengakap Raja N9 maupun PPM N9 sendiri.
Penerangan berkisar kepada persediaan calon-calon yang antara lain melibatkan kemahiran dalam ilmu berPengakap (teori dan praktikal), penyediaan buku log dan sijil-sijil kelayakam.
Pemimpin dan ahli PR juga dipelawa untuk sama-sama menyertai kelas persediaan "KE ARAH PENGAKAP RAJA" yang diadakan 2 kali sebulan yang telah bermula sejak tahun 2017 lagi bertempat di PPM 01 ST untuk memudahkan sesi ulangkaji dan latihan.
Juga makluman bahawa Kem "3 dalam 1" bakal berlangsung pada 6-8 April 2018 bertempat di Kem Pengakap Bukit Putus N9. Cadangan juga telah disalurkan kepada DC PPM ST untuk mengadakan siri jelajah "KE ARAH PENGAKAP RAJA" yang mana 4 lokasi dan 4 tarikh telah diberikan untuk sesi penerangan bagi persediaan calon untuk ke Kem "3 dalam 1" yang dijangka pada Disember 2018.
Sebelum penerangan ditamatkan, menyeru semua pemimpin yang hadir agar dapat sama-sama membantu ahli PR yang berminat untuk mendapatkan Anugerah Pengakap Raja supaya mereka dapat merasai pengalaman sebenar menjadi seorang ahli Pengakap.