Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS), Seremban
Kehadiran : 11 orang Pengakap Remaja
Program dimulakan dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADC Cik Lee Mee Ling di atas kesudian beliau mengadakan sesi taklimat "Ke Arah Pengakap Raja". Selepas itu sesi memperkenalkan diri dan makluman bahawa segala info dan penerangan adalah berdasarkan pengalaman sebagai urusetia perkhemahan dan TIDAK BOLEH dijadikan sebagai maklumat rasmi dari PPM Negeri Sembilan.
Kehadiran Pengetua ACS, Puan New Ah Kow diiringi GPK HEM, Puan Ooi Sow Lay turut memeriahkan program disamping menyuntik semangat kepada ahli yang hadir. Dikesempatan itu juga Puan Pengetua turut memberikan cenderahati penghargaan di atas usaha PPM Daerah Seremban Timur membantu Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS), Seremban melahirkan bakal Pengakap Raja tahun 2019.
Sesi diteruskan dengan penerangan mengenai langkah-langkah awal yang perlu ahli ikuti jika ingin melayakkan diri ke Kem Pentarafan Pengakap Raja. Diantara langkah-langkah awal tersebut adalah penyediaan buku-buku log dan juga sijil-sijil lencana yang perlu seiring dengan perkembangan ahli dari mula tingkatan satu.
Kemudian diterangkan peringkat demi peringkat yang bakal ahli lalui seperti kem "Ke Arah Pengakap Raja", "Pra-Pentarafan Pengakap Raja", "Ekspedisi Bermalam" dan akhir sekali "Pentarafan Pengakap Raja".
Turut juga diterangkan antara syarat-syarat wajib yng perlu dimiliki untuk menyertai kem "3 dalam 1" seperti kad lengenalan, kad keahlian Pengakap yang sah/aktif dan jumlah-jumlah buku serta sijil-sijil lencana.
Turut diterangkan keperluan memiliki buku-buku skim latihan untuk Pengakap Muda dan Remaja serta buku-buku rujukan untuk membina buku log yang tepat dan padat. Ahli juga digalakkan untuk mencari sumber-sumber maklumat di internet bagi memudahkan tugasan mereka.
Selepas itu, diterangkan secara ringkas ujian-ujian yang bakal mereka lalui di sepanjang perkhemahan dijalankan yang mana ujian-ujian tersebut adalah merupakan ulangan kepada aktiviti-aktiviti serta ujian-ujian yang pernah mereka lalui disepanjang perjalanan mereka dari tingkatan satu hingga sekatang.
Ahli yang hadir diingatkan agar memperuntukkan masa yang ada ini agar dapat melengkapkan buku log mereka sebagai persediaan untuk menyertai kem "Pra-Pentarafan Pengakap Raja" yang dijangka akan diadakan pada bulan Disember 2018.
Sebelum bersurai pada jam 4.30 petang, sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa mendengar penerangan mengenai persediaan "Ke Arah Pengakap Raja".
Sebelum bersurai pada jam 4.30 petang, sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa mendengar penerangan mengenai persediaan "Ke Arah Pengakap Raja".