PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Lembaga Penaraf Pengakap Raja Negeri Sembilan dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Pembacaan anda seterusnya di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ... SALAM PENGAKAP!

SMK DATO' SHAMSUDIN NAIN, RANTAU (SIRI 4/2018)

Tarikh : 14hb. April 2018 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shamsudin Nain, Rantau
Kehadiran : 19 ahli Pengakap Muda & 5 ahli Pengakap Remaja

Program bermula dengan ucapan aluan dari Puan Jaraidah. Selepas itu, sesi memperkenalkan diri dan memaklumkan tujuan kedatangan serta mengingatkan bahawa penerangan adalah berdasarkan pengamatan peribadi dan bukan info rasmi dari PPMN9.


Memulakan penerangan menggunakan silibus skim latihan Pengakap Muda dan memaklumkan jenis-jenis ujian yang perlu diambil serta buku log yang perlu disediakan. Selepas itu menerangkan skim latihan Pengakap Remaja hinggalah seseorang ahli itu layak mencapai anugerah Pengakap Raja.


Selepas itu diterangkan antara syarat asas wajib seperti kad ahli, jumlah buku log dan sijil yang perlu bagi seseorang calon ada sebelum layakan menyertai ujian pra-pentarafan Pengakap Raja dan seterusnya. Turut diterangkan antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung disepanjang ujian tersebut dan antara syarat untuk lulus.


Peserta kemudian dikongsi peringkat demi peringkat yang perlu mereka lalui sebelum layak diperakukan sebagai seorang Pengakap Raja yang mana hanya calon-calon yang lulus ujian peringkat sebelumnya sahaja yang layak untuk untuk menduduki ujian peringkat seterusnya.




Jelas kelihatan kesungguhan ahli yang hadir untuk memahami dan mendalami ilmu yang dikongsi yang mana bukan semua ahli berpeluang untuk mendengarnya. Sebelum berakhir, sekali lagi ucapan terima kasih kepada ahli yang hadir dan juga kepada Cikgu Shahrul, Cikgu Jaraidah dan Cikgu Ameera yang sudi bersama para pelajar sehingga selesai program.


Selepas itu sedikit percambahan ilmu bersama pemimpin Pengakap yang hadir agar sama-sama dapat merialisasikan impian melahirkan calon Pengakap Raja dari SMK Dato' Shamsudin Nain.



BIDANG TUGASAN