PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Lembaga Penaraf Pengakap Raja Negeri Sembilan dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Pembacaan anda seterusnya di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ... SALAM PENGAKAP!

SMK TAMAN TUANKU JAAFAR (SIRI 6/2018)

Tarikh : 25hb. April 2018 (Rabu)
Masa : 2.45 petang - 4.30 petang
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar, Senawang
Kehadiran : 46 ahli Pengakap Muda, 14 ahli Pengakap Remaja & 16 ahli Pengakap Khas

Sesi penerangan "Ke Arah Pengakap Raja" kedua untuk hari ini telah diteruskan di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar, Senawang. Alhamdulillah cuaca amat baik pada petang ini.

Kehadiran melebihi 60 orang ahli Pengakap Muda dan Pengakap Remaja. Program pada kali ini dikendalikan oleh para AJK Pengakap sendiri. Setelah memperkenalkan diri, ahli yang hadir telah dibawa menyelusuri laluan-laluan yang akan mereka lalui sebelum dianugerahkan dengan Anugerah Pengakap Raja.

Seperti sesi-sesi sebelum ini, para ahli yang hadir turut diterangkan dengan skim-skim latihan, persediaan sebelum mengambil ujian, perlatan kelengkapan yang perlu dibawa, aktiviti-aktiviti yang bakal mereka harungi serta peringkat-peringkat yang ada sebelum mereka dapat menjejakkan kaki ke Istana Seri Menanti Kuala Pilah.

Ahli juga telah diberi peluang untuk bertanyakan soalan-soalan berkaitan dengan ujian-ujian serta pengetahuan yang perlu mereka tahu dalam meneruskan minat mereka dari sekarang hingga ke peringkat tertinggi.


Sebelum berakhir, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli Pengakap yang hadir dan juga pemimpin serta penolong pemimpin kumpulan terutamanya Cikgu Hasni yang telah berusaha untuk mengadakan program pada petang ini.


BIDANG TUGASAN