PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Lembaga Penaraf Pengakap Raja Negeri Sembilan dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Pembacaan anda seterusnya di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ... SALAM PENGAKAP!

SMK MAMBAU (SIRI 7/2018)

Tarikh : 2hb. Mei 2018 (Rabu)
Masa : 7.45 pagi - 9.00 agi
Tempat : Dewan Terbuka, Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau
Kehadiran : 73 ahli Pengakap Muda, 13 ahli Pengakap Remaja & 10 ahli Pengakap PPKI.


Program bermula dengan memperkenalkan diri kepada semua yang hadir dan ucapan terima kasih kepada Pengakap SMK Mambau kerana mengadakan program pencerahan Ke Arah Pengakap Raja pada pagi ini.

Selepas itu diterangkan ujian-ujian yang terdapat di dalan skim latihan Pengakap Muda dan Remaja. Para ahli ditekankan agarkan dapat membuat buku log agar ujian-ujian dapat dijalankan diperingkat sekolah.


Turut dikongsikan syarat-syarat wajib bagi seorang ahli Pengakap Tingkatan 3 untuk dianugerahkan Rambu Pengakap Muda serta ahli Pengakap Tingkatan 5 untuk dianugerahkan dengan Rambu Pengakap Remaja.

Ahli juga turut diterangkan antara persediaan awal yang perlu dibuat sebelum menjalani kem Pra-Pentarafan Pengakap Raja yang diadakan dua kali dalam setahun iaitu pada bulan Mac dan Disember setiap tahun.


Ahli-ahli juga diingatkan agar dapat memahirkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa mengambil ujian Lencana Kemajuan serta kemahiran di dalam ikatan yang pastinya akan diuji semasa di kem nanti.

Tidak dilupakan juga kelayakan untuk menduduki Kem Pentarafan Pengakap Raja adalah bergantung sepenuhnya dengan kelulusan dalam ujian-ujian kem sebelum ini seperti kem PracPentarafan dan Kem XPDC bermalam.


Selepas itu, sesi pertanyaan telah dibuka kepada semua ahli yang hadir. Ahli juga turut ditanyakan beberapa soalan agar dapat membuka minda mereka agar dapat lebih memahami peringkat-peringkat yang bakal mereka lalui disepanjang perjalanan mereka untuk mendapat Anugerah Pengakap Raja.

Jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Nor Hashim yg sudi bersama-sama ahli Pengakap serta semua pemimpin pengakap SMK Mambau yg turut bersama dari awal program.




BIDANG TUGASAN